Saturday, 7 May 2016

ICT DALAM PENDIDIKAN


Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

 

CIRI-CIRI PELAJAR DISLEKSIA


Antara ciri-ciri murid disleksia

 

Masalah dalam ejaan

- masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis

- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could dieja cold

 

Masalah dalam ingatan

- bermasalah dalam ingatan jangka pendek

- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusiang dalam otak mereka

- selalu gagal dalam menyusun maklumat

- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya

 
Masalah dalam membaca

- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat

- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan

- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama, contohnya, form disebut from

- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan
 
 
 
Masalah dalam menyalin nota
- lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan
- keliru dengan abjad
- menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q"
- menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21"
 
Masalah visual motor
- memegang pensel dengan cara yang luar biasa, meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk semasa menulis
- sering memegang pensel dengan kuat sehingga mengalami kesakitan pada jari
- meletakkan kepala di atas meja untuk melihat hujung mata pensel semasa menulis
- sukar menulis di atas garis lurus



 
 

 

CARA TANGANI STRESS


Sebagai guru pendidikan khas, amanah di pikul untuk membantu sebaik mungkin pelajar-pelajar khasku dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Sebagai guru apabila mereka diberikan tugasan terpaksalah juga saya mencari bahan untuk tajuk tersebut. Minggu ini PBS mereka  ucapan tajuknya cara-cara menangani masalah stress.. 

 

Cara-caranya ialah.

 

1.       Sebagai seorang pelajar masalah stress perlu ditangani dengan bijak. Mendekatkan diri dengan Allah swt adalah jalan yang terbaik. Setiap masalah yang  membawa stress akan dapat ditangani jika diri dekat dengan Tuhan. Menghambakan diri dan percaya bahawa masalah yang dihadapi itu adalah ujian daripada Allah untuk umatnya bersabar. Cara paling mudah ialah mengerjakan solat setiap waktu dan sentiasa berasa kerdil di sisi Allah swt. Sesungguhnya setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan masalah stress dapat dikurangkan.

 

2.       Luahkan segala  masalah  dengan sahabat yang boleh dipercayai. Bercerita dan luahkan masalah yang bersarang di fikiran.. Masalah stress ini sering berlaku kerana pelajar tidak mahu menceritakan masalah mereka dengan orang lain. Apabila kita menceritakan segala masalah kita sudah tentu kita akan berasa tenang kerana ada rakan yang mahu mendengar dan memahami keadaan kita.

 

3.       Bijak membahagikan masa. Di kalangan pelajar menghadapi stress apabila menghadapi sesuatu tugas yang banyak dan perlu disiapkan. Sebagai seorang pelajar perlulah bijak mengurus masa dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut masa yan telah ditetapkan. Perancangan jadual sesuatu tuasan perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

 

4.       Beriadah merupakan salah satu cara menangani masalah. Beriadah dapat  mebantu kita dalam mengawal stress. Beriadah pada hujung minggu bersama keluarga bukan sahaja dapat memupuk keharmonian antara ibu bapa dan adik beradik  tetapi juga dapat membina badan yang sihat dan otak yan cerdas sekali gus dapat melupakan masalah yang bersarang  di fikiran. 

 

5.       Pemakanan yangg sihat serta tidur yang secukupnya juga perlu untuk seorang pelajar dalam menangani masalah stress. Makan makanan  yang berkhasiat bukan sahaja membantu dalam perkembangan diri yang sihat tetapi juga dapat tubuh badan yang bertenaga. Begitu juga dengan tidur yang mencukupi akan membantu dalam perkembangan otak yang sihat dan cerdas.

 

6.       Sentiasa befikiran positif. Apabila mndapat sesuatu tekananm, pelajar perlu berfikir secara positif dan menganggap suatu masalah itu adalah cabaran dan yakin boleh dilaksanakan. Jika pelajar sentiasa berdikiran positif sudah tentu setiap kerja yang dilaksanakan akan menjadi mudah dan masalah stress tidak akan wujud.

 

APA ITU AUTISME ?


Assamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Atas kesedaran berdasarkan pengalaman sendiri yang tidak mengetahui tentang autisma maka dipaparkan di sini beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa yang mempunyai anak autisma. Semoga ianya dapt dijadikan pedoman dalam memberikan didikan terbaik kepada anak2 autisma masing-masing.

 

APAKAH AUTISME

Autistik atau Autisme merupakan 'kecacatan' seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan masyarakat pun turut terkena tempiasnya. Autisme merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak Autisme akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak. Simptom-simptom yang dapat di lihat :

 1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.
 2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal. 3. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), dalam komunikasi.
 4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.
 5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.
6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.
 7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.
8. Memutar dan menggoyangkan barang.


 

 

KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS


Pengurusan bermaksud  organisasi yang dibentuk dan mempunyai hala tuju iaitu visi dan misi yang mahu dicapai. Misalnya, sebuah sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan Khas merupakan tempat untuk anak-anak khas menimba ilmu,  guru memberi perkhidmatan dan sumbangan dalam bentuk bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencerminkan imej sekolah Pendidikan Khas. Individu yang dipertanggungjawabkan hendaklah memainkan peranan dengan penuh kesungguhan dan kesedaran. Wajar difahami, masyarakat  khususnya ibu bapa dan penjaga anak-anak khas serta masyarakat awam amnya meletakkan harapan yang tinggi dalam membantu meningkatkan potensi individu setiap murid. Fungsi sekolah Pendidikan Khas tentunya berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

            Kepimpinan pula bermaksud orang yang menggerakkan pengurusan. Sudah tentu dalam kepimpinan itu terkandung struktur organisasi yang mensasarkan kecemerlangan dalam sesuatu bidang yang disasarkan. Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.

            Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK), Penyelaras  Program Pendidikan Khas merupakan kelompok yang mewakili kepimpinan dalam organisasi sekolah masing-masing. Kelompok ini merupakan seorang pemimpin yang mengatur dan membentuk acuan yang dikehendaki. ingat! Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari. Uruskan dengan kebijaksanaan dan berhikmah. Bagaimana mengurus dan memantau guru-guru yang berada dalam organisasinya?. Apakah komitmen yang dikehendaki terhasil dengan sempurna? Bagaimanakah kelompok ini dapat membawa diri kepada watak seorang pemimpin yang efektif dan berkesan dalam menjayakan misi dan visi Pendidikan Khas  di sekolah masing-masing?

Umum mengetahui setiap organisasi tentunya bermatlamatkan kecemerlangan. Cuma bagaiman kaedah kecemerlangan itu mahu dicapai boleh datang dari methodologi yang berbeza. Cuma jangan pula terlepas pandang kecekapan pengurusan sesebuah organisasi boleh diukur dari pelbagai aspek seperti pengurusan sumber manusia, masa, kewangan, tenaga, dan apakah objektif yang dikehendaki tercapai atau gagal. Jika tercapai apakah melepasi tempoh yang ditargetkan dan adakah berlaku penjimatan masa, tenaga, kewangan dalam proses mencapai objektif tersebut.

            Kepimpinan yang cemerlang tentunya berupaya mencapai objektif dalam jangka masa yang disasarkan atau lebih awal. Penjimatan kos perbelanjaan, masa dan dapat menggunakan sumber manusia secara cekap dan tidak berlaku pembaziran tenaga. Bagaimana pun janganlah pula berasa bimbang dalam memburu kecemerlangan dalam kepimpinan organisasi di sekolah apabila membaca tulisan ini. Tiada kepimpinan yang sempurna dan sebaik-baik contoh ikutan kepimpinan tentunya Muhammad saw. Pemimpin yang baik akan sentiasa belajar dari kesilapan kerana kesilapan adalah guru yang tidak pernah menipu.