Assamualaikum
wbt dan Salam Sejahtera. Atas kesedaran berdasarkan pengalaman sendiri yang
tidak mengetahui tentang autisma maka dipaparkan di sini beberapa perkara yang
perlu diketahui oleh ibubapa yang mempunyai anak autisma. Semoga ianya dapt
dijadikan pedoman dalam memberikan didikan terbaik kepada anak2 autisma
masing-masing.
APAKAH
AUTISME
Autistik
atau Autisme merupakan 'kecacatan' seumur hidup yang berlaku terhadap
kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja
kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan
masyarakat pun turut terkena tempiasnya. Autisme merupakan masalah komunikasi
yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak Autisme akan
menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah
melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan
menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun
kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan
tersebut sehingga hancur atau rosak. Simptom-simptom yang dapat di lihat :
1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada
objek.
2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran
yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal. 3. Tidak berhubungan mata (no eyes
contact), dalam komunikasi.
4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup
seharian.
5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza,
ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.
6.
Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.
7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar
di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.
8.
Memutar dan menggoyangkan barang.
No comments:
Post a Comment