Pengurusan bermaksud organisasi yang
dibentuk dan mempunyai hala tuju iaitu visi dan misi yang mahu dicapai.
Misalnya, sebuah sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan Khas merupakan
tempat untuk anak-anak khas menimba ilmu, guru memberi perkhidmatan dan
sumbangan dalam bentuk bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, pengajaran dan
pembelajaran. Bagi mencerminkan imej sekolah Pendidikan Khas. Individu yang
dipertanggungjawabkan hendaklah memainkan peranan dengan penuh kesungguhan dan kesedaran.
Wajar difahami, masyarakat khususnya ibu bapa dan penjaga anak-anak khas
serta masyarakat awam amnya meletakkan harapan yang tinggi dalam membantu
meningkatkan potensi individu setiap murid. Fungsi sekolah Pendidikan Khas
tentunya berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif
tertentu.
Kepimpinan pula bermaksud orang yang menggerakkan pengurusan. Sudah tentu dalam
kepimpinan itu terkandung struktur organisasi yang mensasarkan kecemerlangan
dalam sesuatu bidang yang disasarkan. Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan
bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses
pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif.
Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau
mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK),
Penyelaras Program Pendidikan Khas merupakan kelompok yang mewakili
kepimpinan dalam organisasi sekolah masing-masing. Kelompok ini merupakan seorang pemimpin yang mengatur dan membentuk
acuan yang dikehendaki. ingat! Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari. Uruskan dengan
kebijaksanaan dan berhikmah. Bagaimana mengurus dan memantau guru-guru yang
berada dalam organisasinya?. Apakah komitmen yang dikehendaki terhasil dengan
sempurna? Bagaimanakah kelompok ini dapat membawa diri kepada watak seorang
pemimpin yang efektif dan berkesan dalam menjayakan misi dan visi Pendidikan
Khas di sekolah masing-masing?
Umum mengetahui
setiap organisasi tentunya bermatlamatkan kecemerlangan. Cuma bagaiman kaedah
kecemerlangan itu mahu dicapai boleh datang dari methodologi yang berbeza. Cuma
jangan pula terlepas pandang kecekapan pengurusan sesebuah organisasi boleh
diukur dari pelbagai aspek seperti pengurusan sumber manusia, masa, kewangan,
tenaga, dan apakah objektif yang dikehendaki tercapai atau gagal. Jika tercapai
apakah melepasi tempoh yang ditargetkan dan adakah berlaku penjimatan masa,
tenaga, kewangan dalam proses mencapai objektif tersebut.
Kepimpinan yang cemerlang tentunya berupaya mencapai objektif dalam jangka masa
yang disasarkan atau lebih awal. Penjimatan kos perbelanjaan, masa dan dapat
menggunakan sumber manusia secara cekap dan tidak berlaku pembaziran tenaga.
Bagaimana pun janganlah pula berasa bimbang dalam memburu kecemerlangan dalam
kepimpinan organisasi di sekolah apabila membaca tulisan ini. Tiada kepimpinan
yang sempurna dan sebaik-baik contoh ikutan kepimpinan tentunya Muhammad saw.
Pemimpin yang baik akan sentiasa belajar dari kesilapan kerana kesilapan adalah
guru yang tidak pernah menipu.
No comments:
Post a Comment