Sebagai
guru pendidikan khas, amanah di pikul untuk membantu sebaik mungkin
pelajar-pelajar khasku dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Sebagai guru apabila
mereka diberikan tugasan terpaksalah juga saya mencari bahan untuk tajuk
tersebut. Minggu ini PBS mereka ucapan tajuknya cara-cara menangani
masalah stress..
Cara-caranya
ialah.
1.
Sebagai
seorang pelajar masalah stress perlu ditangani dengan bijak. Mendekatkan diri
dengan Allah swt adalah jalan yang terbaik. Setiap masalah yang membawa
stress akan dapat ditangani jika diri dekat dengan Tuhan. Menghambakan diri dan
percaya bahawa masalah yang dihadapi itu adalah ujian daripada Allah untuk
umatnya bersabar. Cara paling mudah ialah mengerjakan solat setiap waktu dan
sentiasa berasa kerdil di sisi Allah swt. Sesungguhnya setiap masalah itu ada
jalan penyelesaiannya dan masalah stress dapat dikurangkan.
2.
Luahkan
segala masalah dengan sahabat yang boleh dipercayai. Bercerita dan
luahkan masalah yang bersarang di fikiran.. Masalah stress ini sering berlaku
kerana pelajar tidak mahu menceritakan masalah mereka dengan orang lain.
Apabila kita menceritakan segala masalah kita sudah tentu kita akan berasa
tenang kerana ada rakan yang mahu mendengar dan memahami keadaan kita.
3.
Bijak
membahagikan masa. Di kalangan pelajar menghadapi stress apabila menghadapi
sesuatu tugas yang banyak dan perlu disiapkan. Sebagai seorang pelajar perlulah
bijak mengurus masa dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut masa
yan telah ditetapkan. Perancangan jadual sesuatu tuasan perlu dilaksanakan bagi
membantu pelajar menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
4.
Beriadah
merupakan salah satu cara menangani masalah. Beriadah dapat mebantu kita
dalam mengawal stress. Beriadah pada hujung minggu bersama keluarga bukan
sahaja dapat memupuk keharmonian antara ibu bapa dan adik beradik tetapi
juga dapat membina badan yang sihat dan otak yan cerdas sekali gus dapat
melupakan masalah yang bersarang di fikiran.
5.
Pemakanan
yangg sihat serta tidur yang secukupnya juga perlu untuk seorang pelajar dalam
menangani masalah stress. Makan makanan yang berkhasiat bukan sahaja
membantu dalam perkembangan diri yang sihat tetapi juga dapat tubuh badan yang
bertenaga. Begitu juga dengan tidur yang mencukupi akan membantu dalam
perkembangan otak yang sihat dan cerdas.
6.
Sentiasa
befikiran positif. Apabila mndapat sesuatu tekananm, pelajar perlu berfikir
secara positif dan menganggap suatu masalah itu adalah cabaran dan yakin boleh
dilaksanakan. Jika pelajar sentiasa berdikiran positif sudah tentu setiap kerja
yang dilaksanakan akan menjadi mudah dan masalah stress tidak akan wujud.
No comments:
Post a Comment