Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi
kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun
begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat
berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan
kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu
mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan
mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di
jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan
dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu
pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang
ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat
ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta
mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu
masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana
ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai
alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda
yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang
tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini
kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan
pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan
merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping
itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui
pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini
kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling
berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai
keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi
meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan
berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era
dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi
yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang
mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas
tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang
di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami
apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT
tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video
dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar
kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk
di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di
maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap
sistem yang di ajar menggunakan ICT.
No comments:
Post a Comment